Diterbitkan pada 30 Mei 2023, 13:08

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Dahan yang sama;

Tidak mungkin punyai ranting yang sama.

 

Ada yang besar, ada yang kecil.

Ada yang lurus, ada yang bengkok.

Ada yang berdaun, ada yang berduri.

Ada yang berbunga, ada yang berbuah.

 

Walaupun berbeza;

Tiap-tiap ranting ada peranan masing-masing.

Walaupun berbeza;

Tiap-tiap ranting saling lengkap-melengkapi.

 

Hingga menjadikan dahan dan pokok itu;

Subur dan cantik di mata.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi