23 Mei 2023, 08:36

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Basikal biru

dikayuh dalam mimpi,

rumput merah meluas,

rambut mengusut angin,

dan buku-buku sekolah

dibumbui kering biji saga.

 

Membesar amat sukar,

dalam cuaca duri dan batu,

lantas jemari membiarkan

guli-guli pelangi

tergelincir satu-persatu.

 

Di penghujung mimpi,

tiada lagi berkayuh dan berguli,

basikal biru ditinggal

menjadi karat di bangsal,

dan rumput merah

menjadi pendamping

karya hijau di dinding.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

Yang Berkaitan

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.