16 Mei 2023, 15:11

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Gombak – Pasukan Mahallah Sumayyah mengulang kejayaan pada tahun 2021 apabila diangkat sebagai Juara Keseluruhan IMCW 2023 selepas mengutip markah sebanyak 84 mata.

IMCW ialah singkatan untuk Intercultural Mahallah Week atau Minggu Kebudayaan antara Mahallah anjuran Majlis Pengetua-pengetua (COPs), Majlis Perwakilan Komiti Mahallah (MRCC) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Kelestarian Seni dan Budaya (CiTRA) dan Pusat Pembangunan Sukan (SDC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Bermula pada 8 Mei hingga 14 Mei 2023, IMCW 2023 telah mendapat penyertaan sebanyak 17 mahallah antaranya seperti Sumayyah, Halimah, Asma’, Aminah, Nusaibah, Ruqayyah, Hafsah, Maryam, Salahuddin, Safiyyah, Asiah, Bilal, Siddiq, Uthman, Zubair, Ali dan Faruq.

Pelbagai acara telah dipertandingkan sepanjang minggu tersebut antaranya seperti lagu tradisional, mengarang esei, memasak, puisi, pertunjukan fesyen tradisional, nasyid, musabaqah al-Quran, pantun, drama dan permainan tradisional.

Penganjuran IMCW 2023 ini menyaksikan Mahallah Sumayyah merangkul juara untuk acara memasak, puisi, pertunjukan fesyen tradisional, nasyid, drama, dan pantun serta naib juara dalam acara permainan tradisional dan mengarang esei, sekali gus menjadikan mereka juara keseluruhan untuk kategori mahallah perempuan kerana meraih tujuh pingat emas dan dua pingat perak daripada 10 kategori pertandingan yang dianjurkan.

Pengetua Mahallah Sumayyah, iaitu Profesor Madya Dr. Shamshina Mohamed Hanifa turut merakamkan ucapan syukur dan bangga atas kejayaan besar ini. Ujarnya,

Pencapaian cemerlang Mahallah Sumayyah ini adalah berkat usaha alumni yang melatih, peserta yang memberikan komitmen tinggi serta perwakilan komiti mahallah yang berdedikasi menguruskan persiapan pasukan.

Untuk kategori mahallah lelaki, juara keseluruhan dimenangi oleh Mahallah Zubair yang memungut markah sebanyak 60 mata dengan pencapaian satu pingat emas, tiga pingat perak dan satu pingat gangsa.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.