16 Mei 2023, 14:45

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Gombak – Pasukan Mahallah Sumayyah yang diwakili oleh Nisa Madihah, Fatin Najihah dan Filzah Huda telah dinobatkan sebagai juara pertandingan akhir pantun antara mahallah bersempena Minggu Kebudayaan antara Mahallah atau lebih dikenali sebagai Intercultural Mahallah Week (IMCW) 2023.

Kemenangan ini membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai berserta piala.

Sementara itu, pemantun daripada pasukan Mahallah Sumayyah, iaitu Fatin Najihah pula merangkul anugerah Pemantun Terbaik Akhir dengan membawa pulang hadiah khas jauhari.

Pemantun Mahallah Sumayyah yang terdiri daripada Fatin Najihah, Nisa Madihah dan Filzah Huda.

Pertandingan ini telah dilaksanakan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 13 – 14 Mei 2023. Pada 13 Mei 2023 telah berlangsung pertandingan pantun peringkat saringan dan separuh akhir.

Pertandingan akhir pula diadakan pada 14 Mei 2023 dengan menyaksikan perlawanan antara pasukan Mahallah Faruq dengan Mahallah Sumayyah.

Pertandingan akhir pantun IMCW yang diadakan di Auditorium Utama menampilkan barisan jauhari seperti Iman Mustafa, Razzuwan Razak dan Fatin Aqilah.

Sewaktu perlawanan akhir pertandingan pantun antara mahallah.

Pemantun Mahallah Faruq yang terdiri daripada Aqil dan Afiq.Walaupun pasukan pemantun Mahallah Faruq tewas kepada pasukan Mahallah Sumayyah pada pertandingan akhir pantun,  namun mereka telah dinobatkan selaku juara pertandingan pantun IMCW 2023 untuk kategori mahallah lelaki, dan berjaya merangkul hadiah wang tuna beserta piala. Pasukan ini dibarisi oleh Afiq dan Aqil Mujahid.

IMCW dianjurkan setiap dua tahun sekali. Untuk rekod, pasukan pemantun Mahallah Sumayyah berjaya mengekalkan pencapaian di IMCW 2021, dengan mempertahankan kejuaraan dalam pertandingan pantun IMCW 2023.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.