Diterbitkan pada 8 Mei 2023, 12:27

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Karya: Muhammad Aizat Ruslan

Kini aku merasa hening,

tidak ada lagi coretan kata setiba raya,

tangis jatuh dari mata,

ikhlas kasih kurindu.

 

Rumah sepi tidak terungkap,

dalam sunyi terasa sayu,

hanya bayang-bayang bermain di fikiran,

atma gelisah merayap dalam kesunyian,

mencari ketenangan dalam kesedihan.

 

Tanpa baju lebaran,

aku tidak kisah

tanpa abah di hari lebaran,

aku terasa sakit,

sejujurnya lebaran tanpa abah tidak sama,

seolah-olah warna kemeriahan pudar.

 

Selamat hari raya abah,

kenangan bersamamu abadi dalam ingatanku.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi