Diterbitkan pada 5 Mei 2023, 15:35

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kerana sepatu kita tak sama,

Berbeza saiz, warna dan rupa,

Maka mana bisa aku ceritakan cela,

Kerana bukan aku yang merasa kurangnya.

 

Sepatumu,

Tak mampu kuceritakan selesa,

Mustahil dua yang berbeza punya rasa senada,

Meski materi tak kurang nisbahnya.

 

Sama juga cara kita lihat dunia,

Memandang arah yang sama,

Diiring interpretasi berbeza,

Selagi bersendikan agama,

Siapa aku untuk mempersoal manusia.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi