Oleh Kun Jia Jie
5 Mei 2023, 00:14

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kehadiranmu masih kutunggu,
buat menyapu titisan air mataku,
seketika fikirku buntu,
imbas kenangan lalu.

Aku putar kehidupan,
di tepi sisiran,
memandang mentari menyinar,
semangat juang diri.

Sahabat,

aku rindu, inginku bicara,
sembang zaman nakal dahulu,
mengubati perasaan rinduku.
Tanpa erti bisu.

Aku mengira detik waktu,
sambil baring lena di rumput lalu,
waktu itu berharga,
jangan lepaskan senja,
pergi.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.