28 April 2023, 08:02

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Dua bentuk hati,

dilukis ukir dengan hati-hati

kerana lukanya

tidak boleh disembuh

dengan balutan air mata.

 

Dua bentuk hati,

dicantum-cantum empat segi

mengait jahit selimut cinta

memeluk hangat mimpi-mimpi

malam ke pagi.

 

Hati-hati membentuk hati,

satu atau dua

masih perlu menanam rasa

sekeping merah percaya.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

Yang Berkaitan

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.