Oleh M. Emir
Diterbitkan pada 27 April 2023, 09:29

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Mercun bateri, roket dan merdeka mencorak malam lebaran –

kusetia dengan pop-pop dan bunga api lalu muat naik di Instagram @memirwriter.

 

Pagi meminjam nafas ketupat; rendang tok

dan lemang aboh adalah nama lain bagi nostalgia yang naik-turun nafasnya.

 

Kerepek bawang serangup warna udara 22 April 2023 –

almond London adalah kuih melayu yang setia di balang kaca.

 

Serunding diratah, lemang dijamah, selepas baju paling indah

dan meriah disarungkan ke tubuh.

 

Kamera mengenyitkan mata,

tergambar pengalaman dalam galeri keluarga.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi