Oleh Rohzaimah
Diterbitkan pada 25 April 2023, 01:03

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Rindu bergelimpangan dalam rumah. Rindu bertebaran pada langsir ruang tamu, pada langsir bilik, pada baju kurung dan pada sarung bantal. Tidak dilupakan, rindu yang berlonggok pada bantal kekabu. Rindu berhamburan pada rak buku, terselit pada putaran skru. Ahh, ya! juga rindu yang terlipat antara halaman-halaman buku. Rindu berserakan di dapur, terkumpul dalam periuk, tersorok antara pinggan dan gelas kaca. Rindu bersusun dalam almari kayu, terlipat rapi antara lapisan baju dan seluar. Rindu merayap pada radio, beralun pada lagu Broery. Rindu berpelukan dalam balang plastik makanan, terlekat pada biskut Tiger dan sudah tentu, rindu terkedap dalam tin biskut Jacob’s.

Rindu menjadi rumah.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi