Oleh Suria Janib
7 April 2023, 19:10

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur –  Sambil menonton Rancangan Kanak-kanak dan Remaja: Ceritalah Lagi Siri 3, Kasih Si Ibu Ikan, penonton cilik dalam kalangan kanak-kanak boleh memenangi hadiah berupa buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Hanya tiga pemenang yang terpilih akan memenangi hadiah ini. Caranya sangat mudah, iaitu tonton rancangan ini dan jawab kuiz yang disediakan selepas akhir rancangan ini.

Penonton yang dapat menjawab dengan tepat dan pantas layak menerima hadiah buku terbitan DBP.

Syarat penyertaan terbuka kepada kanak-kanak yang berusia dari enam hingga 12 tahun, jawapan yang diberikan mestilah menggunakan bahasa Melayu yang betul dan e-melkan jawapan yang tepat berserta nama, no. kad pengenalan, alamat dan nombor telefon, serta e-melkan kepada [email protected] sebelum 28 April 2023.

Puan Hasni Jamali memulakan penceritaannya dengan menyanyikan lagu sambil memetik akustik ukulele.

Buku cerita Kasih Si Ibu Ikan ditulis dan ilustrasi oleh Aminah Mokhtar, terbitan DBP (2020) disampaikan oleh Puan Hasni Jamali bersama Rara, maskot burung nuri DBP.

Dalam penyampaian cerita kanak-kanak secara bersahaja tetapi penuh ceria ini, beliau memulakan penceritaannya dengan menyanyikan lagu sambil memetik akustik ukulele.

Kali ini beliau bercerita tentang anak ikan bernama Mimi yang leka bermain dengan anak katak hingga lewat malam. Keadaan ini menimbulkan rasa cemas kepada ibu ikan. Dengan bantuan kura-kura, ibu ikan berjaya menemui tempat Mimi bermain dengan anak katak. Apakah yang berlaku pada Mimi dan anak katak.

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, ikuti dan tonton rancangan ini dengan melayari JendelaDBP/TVDBP.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.