Diterbitkan pada 7 April 2023, 10:24

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Bila tiba Ramadan,

Hati mencari kekuatan,

Bersandar teguh pada iman,

Berpaut erat pada ketakwaan,

Agar tak tersadung nafsu jahat,

Biar tak tergelincir dari laluan.

 

Tibanya Ramadan,

Rumah Allah dipenuhi insan,

Mengerah kudrat membenih keringat,

Mengejar ganjaran yang dijanjikan,

Menuju jannah destinasi masa hadapan.

 

Melalui Ramadan penuh kesyukuran,

Kesempatan bernafas di bumi Tuhan,

Meneruskan perjuangan,

Mencari malam seribu bulan.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi