Diterbitkan pada 20 Mac 2023, 10:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Gombak – Pasukan dari Universiti Malaya (B) yang diwakili oleh Muaz Abdul Samad, Siti Nur Balqis Syamsul Zaidi, Aeiman Haikal Shamshir dan Mohamad Shahrul Syahmi Sahimin berjaya merangkul gelaran juara pada Temasya Pantun Kesedaran Kesejahteraan Mental (TEPAKK) 2023.

TEPAKK 2023 telah diadakan pada 16 hingga 19 Mac 2023.

Kemenangan ini membolehkan pasukan dari Universiti Malaya (B) membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3000, piala, sijil, hamper dan cenderamata.

Temasya Pantun Kesedaran Kesejahteraan Mental (TEPAKK) 2023 yang berlangsung pada 16 hingga 19 Mac 2023 ini merupakan program anjuran Pusat Perkhidmatan Kaunseling dan Kerjaya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (CCSC UIAM).

Bertemakan “Akar Minda, Sejahtera Jiwa”, pertandingan pantun yang mempertaruhkan Piala Sejahtera Jiwa ini mendapat kerjasama daripada Pusat Pengembangan Kesenian dan Kebudayaan UIAM (CiTRA), Majlis Kaunseling dan Kerjaya Universiti-Universiti Malaysia (MAKUMA) dan PTS Media Group dengan tajaan daripada Bank Islam Malaysia Berhad dan ZAM Group.

Dalam pertandingan ini, pasukan dari Universiti Malaya (B) mengalahkan pasukan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman (A) yang mendapat tempat kedua, manakala tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh pasukan dari  Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman (B) dan Universiti Teknologi Mara Shah Alam. Kesemua pemenang membawa pulang hadiah wang tunai.

Pertandingan ini mempertaruhkan 15 buah pasukan daripada pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta, antaranya termasuklah Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Mara Puncak Alam, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Teknologi Petronas.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi