23 Februari 2023, 10:10

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pulau Pinang – Untuk mengimbangi kebanjiran video dalam media sosial khususnya di aplikasi TikTok,  Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara dan Bahagian Majalah dengan Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Video TikTok Edisi Malaysia Membaca.

Poster Pertandingan Video TikTok Edisi Malaysia Membaca.

Tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah untuk meningkatkan amalan membaca serta mengasah bakat dan kemahiran kreatif generasi muda dalam penghasilan video yang bersifat informatif dan diselitkan dengan pengajaran.

Pertandingan mencipta kandungan TikTok ini akan menggunakan buku terbitan DBP, khususnya karya sastera. Secara khusus, buku yang dipilih untuk mencipta video pertandingan TikTok ini bersumberkan karya Sasterawan Negara Edisi Membaca terbitan DBP. Sebanyak 15 buku nukilan Sasterawan Negara yang boleh dipilih oleh peserta yang berminat untuk menyertai pertandinhan ini. Judul tersebut adalah seperti yang berikut:

  • Lingkaran
  • Pertemuan Abadi
  • Bukan Lalang Ditiup Angin
  • Tunggul-tunggul Gerigis
  • Juara
  • Begawan
  • Mahabbah
  • Mata, Rumah dan Merpati
  • Laut Takjub
  • Sebuah Unggun di Tepi Danau
  • Salju Shibuya
  • Anak Tanjung
  • Masuk ke Dalam Cahaya
  • Hatimu Aisyah
  • Pahlawan Rimba Malaya dan Korban Kesuciannya

Peserta diberi pilihan untuk menyediakan video sama ada dalam bentuk animasi, drama, sketsa, komedi atau dokumentari berdasarkan kreativiti masing-masing. Kemudian, peserta perlu memuat naik video berkaitan melalui akaun Tiktok berserta tanda pagar #dbpmalaysia #seniusm #fyp #foryourpage #edisimalaysiamembaca.

Penyertaan untuk pertandingan ini terbuka kepada siswa Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) seluruh Malaysia. Pertandingan yang melibatkan penyertaan siswa dari seluruh negara ini telah bermula pada 20 Februari dan akan ditutup pada 15 Mei 2023.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.