Diterbitkan pada 9 Februari 2023, 12:41

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Derap langkah terpalit jejak penuh persoalan,

Di balik lorong gelap terlihat figura meringkuk diam,

Terkapai-kapai memohon empati insan,

Sedang atmanya berbisik mendamba hidayah Tuhan.

 

Nilai dirinya hanya diperjudikan pada ringgit,

Yang terbiar kemudiannya membusuk menyengat rongga,

Zaman kegemilangan berganti kelam,

Hanya menanti saat untuk bersemayam.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi