Oleh Nurul Aini Adnan
3 Februari 2023, 15:57

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Tanjak Tidak Berganjak

Di kepala terletak sebuah tanjak,

Lipatan kain songket lambang maruah insan,

Menjunjung darjat seorang pahlawan,

Kerana di kepala tempat akal kebijaksanaan,

Mengawal segala kata dan pergerakan tubuh badan.

 

Tanjak Tok Beruas berubah ganas,

Andai ada petualang cuba menjatuhkan maruah dan darah.

 

Tanjak Balong Raja sentiasa setia,

Melindungi dan bersiap siaga demi pemerintah tercinta.

 

Tanjak Ayam Patah Kepak bukan sebarang lagak,

Pantang dicabar oleh mulut celupar.

 

Tanjak Lang Melayang tak pernah hilang sayang,

Setia melindungi pemimpin nan terbilang.

 

Tanjak Pucuk Pisang Patah bukan tanda tunduk rebah,

Namun ada perkara yang perlu mengalah,

Utamakan keselamatan bangsa dan maruah.

 

Destar Dendam Tak Sudah,

Kesetiaannya tidak berubah,

Sanggup menumpahkan darah,

AndaiĀ  maruah bangsa dihenyak rebah.

 

Tanjak apa pun tidak akan berganjak,

Tetap di kepala melindungi tuannya,

Selagi sunnah dan al-Quran menjadi panduan,

Tanjak takkan disinggung pihak lawan.

 

31 Disember 2021

Seri Manjung

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.