15 Oktober 2022, 23:16

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

 

Shah Alam – Hadiah Puisi Indera Perlis (HaPIP) 2022 merupakan inisiatif yang dianjurkan oleh Angkatan Sasterawan Indera (AKSARA) Perlis dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan juga Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perlis yang mengangkat tema Keunikan Budaya dan Keindahan Tempatan di Perlis.

Selain memperkenalkan keunikan negeri Perlis kepada masyarakat, HaPIP 2022 juga diadakan adalah untuk mencungkil bakat baharu dalam penulisan puisi sama ada dalam penulisan puisi tradisional mahupun puisi moden. Penyertaan tersebut dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang berasal atau merupakan pemastautin tetap di Perlis, termasuk pelajar dan kakitangan institut pengajian tinggi dan pelajar sekolah menengah, termasuk orang awam.

Penyertaan yang dibuka dari 7 Oktober hingga 17 Oktober 2022 ini turut memberikan peluang kepada peserta yang berjaya menghasilkan karya puisi yang menepati tahap kualiti yang telah ditetapkan untuk diterbitkan dalam “Antologi Puisi HaPIP 2022”.

Menurut kenyataan yang dibuat melalui hantaran dalam Facebook Angkatan Sasterawan Indera Perlis, hadiah utama diberikan kepada tiga orang pemenang yang masing-masing bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1000 dan sijil. Seterusnya, sebanyak tujuh orang pemenang bakal membawa pulang hadiah penghargaan sebanyak RM500 dan sijil bagi setiap pemenang.

Kesemua peserta HaPIP 2022 turut diberikan senaskhah buku “Antologi Puisi HaPIP 2022”. Selain karya akan diterbitkan dalam “Antologi Puisi HaPIP 2022”, karya pemenang juga akan dipamerkan di seluruh kawasan tumpuan pelancong di negeri Indera Kayangan itu.

Syarat dan borang penyertaan boleh didapati melalui pautan ini.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.