Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangPerlis – Karnival Keterampilan Bahasa negeri Perlis baru sahaja melabuhkan tirai. Terdapat empat pertandingan yang dianjurkan, antaranya pertandingan Penglipur Lara. Adik Muhammad Afiq Zikry Zoolhairi dari sekolah kebangsaan Bintong, Perlis telah dinobatkan johan untuk pertandingan Penglipur Lara kategori sekolah rendah, sekali gus akan mewakili negeri Perlis pada peringkat kebangsaan.
Walaupun beliau merupakan peserta termuda, namun adik Muhammad Afiq berjaya menewaskan peserta lain yang tidak kurang hebatnya. Menyampaikan cerita yang bertajuk “Orang Kaya yang Tamak Haloba” memberikan tuah kepadanya. Kisah yang mengangkat tema ketamakan seorang yang kaya dalam mengejar kemewahan dan akhirnya insaf ini mengandungi banyak pengajaran yang boleh memberikan manfaat kepada para pendengar.
Adik Muhammad Afiq telah dilatih oleh ibunya sendiri yang mahu memberikan pengalaman kepada anaknya.
Cabaran sepanjang persediaan merakam pertandingan ini ialah apabila adik Afiq mengalami masalah kesihatan dan kekangan masa. Namun demikian, berkat kesungguhan yang ditunjukkan oleh beliau, maka rakaman tersebut berjaya disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
Pertandingan ini memberikan peluang kepada generasi cilik untuk mempamerkan bakat mereka sejak dari awal lagi. Harapan Encik Saifulazhar Awang, pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN),
Semoga peserta yang mewakili negeri Perlis akan menyinar pada peringkat Kebangsaan.