Oleh Ismail Daud
19 September 2022, 10:45

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Rantau Panjang – Nik Batrisya Munawwarah Nik Faizol Akhmal, 14 tahun, dari Maahad Muhammadi Rantau Panjang (MMRP) muncul juara Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gual Periok kategori sekolah menengah anjuran bersama Pejabat DUN Gual Periok dan Kembara Sastera. Beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM250, sijil serta buku.

Muhammad Shaqif Irfan Subri dari Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Sitok pula merangkul juara kategori sekolah rendah dan membawa pulang wang tunai RM150, sijil serta buku  cerita rakyat Umbuk Dengan Tempurung Emas. Majlis yang diadakan di Dewan Syed Ahmad, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang pada 16 September 2022 tersebut dirasmikan oleh Yang Berhormat (YB) Dato’ Ustaz Mohamad Awang, Ahli DUN Gual Periok sempena sambutan Hari Malaysia.

Naib juara kategori sekolah menengah pula disandang oleh Nor Ain Syazana Anuar dari SMK Rantau Panjang, dan tempat ketiga milik Wen Norlie Mohd Noor dari MMRP. Masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM200 dan RM150, sijil serta buku. Pemenang sagu hati turut memperoleh wang tunai RM100, sijil serta buku. Naib juara kategori sekolah rendah pula disandang oleh Nur Damia Danisha Wan Nor Azli (SK Gual Sitok) dan tempat ketiga ketiga milik Nur Raisya Rahim (SK Gual Periok). Masing masing memperoleh wang tunai RM100 dan RM75, buku serta sijil.

Pemenang sagu hati bagi sayembara tersebut ialah Nur Atirah Jais Azlan (SMK Rantau Panjang), Anis Sufiyah Che Ghani (SMU Arab Al-Thahiriah Tasek), Siti Nurbahyah Mohd Kamaruzanin serta Nurul Nasuha Mohd Hassan, masing-masing dari SMK Baroh Pial. Pemenang sagu hati peringkat sekolah rendah pula ialah Sayedah Maryam Aref Mohamed (SK Sri Rantau Panjang 2), Amer Syaker Ahmad (SJKC Khay Boon), Fatin Nadhirah Muznifah Che Razak (SK Kok Pauh) serta Nur Aisya Najwa Md Rashid (SRU Arab Tarbiah Islamiah Lubok Gong). Masing-masing memperoleh wang tunai RM50, sijil serta buku.

Sayembara tersebut turut diserikan dengan deklamasi sajak daripada pendeklamator jemputan, Ab Hadi Yusof, Noor Hasmah, Mashanis serta persembahan puiter (puisi teater) daripada Awang Abdullah bersama-sama gandingannya Mimie GM. Hadiah serta sijil sayembara disampaikan oleh YB Dato’ Ustaz Mohamad. Dalam sayembara tersebut juga Anugerah Tokoh Penggerak Sastera DUN Gual Periok diberikan kepada Mukhtar Mustafa, pengerusi Kembara Sastera.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.