Diterbitkan pada 9 Jun 2021, 14:37

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Semilir angin yang berhembus
sedang menyapa hati-hati rawan
yang bergelut melepaskan diri
dari belenggu kesakitan.

Ya, saban hari
kegundahan hati ini semakin mencengkam naluri kebuntuan
meronta galak di balik jeriji kehampaan
dalam mencari erti sebenar kehidupan
yang menjanjikan kebahagiaan.

Semilir angin yang berhembus
damaikanlah jiwa-jiwa ini
agar deru nafas yang dihela kini dipenuhi erti
dihadirkan ketenangan hati
juga keberkatan duniawi
dalam meniti arus kehidupan abadi
menuju Sang Ilahi.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi