28 Mei 2021, 15:35
Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangRehat
Oleh: Nor Faizah Tarjudin
Pejamkan mata
fikirkan lenamu
rehatlah seketika
dari kelelahan
keresahan
kegusaran
usah lemah
utuhkan semangatmu
jangan engkau risau
dalam menapak takdir
dalam mengenangkan bebanmu
kerana itu tentu
sudah indah tercatat
di balik harimu
engkau sandarkan
sisa jiwa juangmu
buat si setia
yang menanti kepulanganmu
entah mengapa
engkau bagai tak kenali penat
hatta untuk seketika
kau tak pernah berhenti
engkau terlalu kuat
menjadi buruh hidupmu
pahlawan bandar konkrit
di tengah gelora melambung
merentas tengah jalan hidupmu
engkaulah pahlawan yang hebat
aku bangga denganmu.