Oleh M. Emir
Diterbitkan pada 18 Mei 2021, 14:19

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

 

Hujan atom di Palestin

Mengusir akar watan yang tertidur

Anak-anak yang matanya nazak

Diragut pusara

Rudal dan tank

Gagal menggugat wira kesetiaan

Demi Al-Aqsa

Panji  al-Qassam menyala

Melawan beliung malam kejam

Anak palestin yang gagah di atma

Belajar hidup dengan keutuhan jiwa

Tanpa selimut nuraga

Hanya ada peluru nestapa

Sumpah anak Palestin

Menjadi tongkat kesetiaan syahid

Suara saka pejuang Palestin

Menggemakan janji di udara

Menjadi semangat enggan mundur

Enggan serah darah merah mudah tak sudah

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi