Oleh Aiman Said
Diterbitkan pada 16 Mei 2021, 13:11

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Hari mulia

buat pengajar

yang mengajar

ilmu sebenarnya

tidak berlari kejar

kekal terus dan sabar

suluh terang panjang lebar

kadang dia menyulam tangan

dengan berseloka serta puji-pujian

mereka berbudi dengan penuh cekal

mengajar terus sampai kenal erti kenal

kalau ada yang perlahan dalam fikiran akal

kalau ada yang lurus bendul dan bebal

tidak mengeji tidak pula berkata buruk

tetap menanti dengan tenang kekal

sampai waktu kita akan berjalan

tanpa perlu berpegang tangan

hanya kerana seorang insan

wajahnya kelihatan aman

dengan rotan di tangan.

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi