Diterbitkan pada 23 September 2024, 11:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala LumpurKursus Pemantapan Munsyi Muda Bahasa anjuran Institut Tadbiran Awan Negara (INTAN) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah melibatkan sebanyak 90 orang penjawat awam dari pelbagai jabatan kementerian sebagai persediaan melatih bakal Munsyi Muda menguasai  bahasa Melayu dalam sektor awam dengan lebih mantap.

Kursus yang berlangsung selama tiga hari ini telah bermula pada 18 hingga 20 September, lalu bertempat  di Dewan Serbaguna, INTAN Bukit Kiara.

Bakal Munsyi Muda Perkhidmatan Awam telah dibimbing oleh Munsyi Dewan, Ab-Rahim.

Selain memfokuskan pengukuhan bahasa kepada bakal Munsyi Muda, kursus ini turut menerang dan mengaplikasikan kaedah penulisan dokumen rasmi bagi surat rasmi, memorandum, e-mel, minit mesyuarat dan laporan berdasarkan format dan punca kuasa semasa berlandaskan tatabahasa bahasa Melayu standard.

Selaku pembimbing kursus, Mohamad Ikhwan al Syahid Abdullah Tahir dan Ab. Rahim Md. Yasin turut menekankan hal berkaitan penulisan dokumen rasmi dengan merujuk punca kuasa yang betul serta penggunaan bahasa yang tepat, di samping memperbetulkan kesalahan lazim dalam bahasa Melayu.

Reruai Ujana Buku DBP turut hadir memberikan peluang kepada peserta kursus untuk mendapatkan bahan rujukan.

Peserta kursus yang berjaya menghadiri kursus ini akan layak ditauliahkan sebagai Munsyi Muda Bahasa Perkhidmatan Awam.

Kursus Pembinaan Munsyi Muda Bahasa ini telah bermula sejak dari tahun 2015 dengan melibatkan penyertaan daripada penjawat awam persekutuan dan negeri serta badan berkanun, manakala pada tahun 2024, sebanyak lapan siri kursus Pembinaan Munsyi Muda telah diadakan.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi