Oleh Jack Malik
Diterbitkan pada 26 September 2024, 16:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang


—mengikuti e.e. cummings

i.
seurat rambut
atas
bantalselimut
bergumpal
dalamnya
(kita)
belum menetas

kipas menggeleng
…per,la,han…
menggeleng kipas
…la,han…

  1. hari sudah sabtuahad
    hari sudah siangterang
    sebuah motor kedengaran
    kemudian                               [hi.lang]
    ditelan udara yang tidak menyalin kulit
    bunyinya semakin— (tadi)

iii.
berapa ekor kucing
? ? ? ? ? ? ? ? ? ?
? ? ? ? ? ? ? ? ? ?
di luar bilik
(meowmemeow)
—laparkan matahari
dahaga embun pagi
juga belaian mamidedi
(kami = (20?) & (i +i))

  1. di bilik tidur
    kipas berdengungngang

seperti ribuan lebah terjaga
helaian-helaian buku
bakal dibaca

menari-nari kecil
seperti kebil mata kita

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi