Diterbitkan pada 31 Julai 2024, 15:59

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Oleh: Norinsiah Sarni

 

Sesungguhnya hidup ini ujian

Dan ujian lagi

Dan ujian lagi

Allah memberi ujian dengan apa yang dipinjamkan

Allah memberi ujian dengan apa yang kita suka

Allah memberi ujian dengan apa yang kita benci

Kerana dunia ini sementara

Dunia ini bukan milik kita

Semuanya hanya pinjaman

Allah pinjamkan tubuh ini

Allah pinjamkan ahli keluarga

Allah pinjamkan sahabat-sahabat

Allah pinjamkan harta untuk kita gunakan sementara di dunia

Semua milik Allah

Bukan milik kita

Bukan milik “aku”

Kembalikan semuanya kepada Allah

Sesungguhnya tujuan hidup ini adalah ibadah

Hanya menunggu waktu untuk menemui-Nya dalam solat

Berilah khabar gembira bagi orang yang sabar

Berilah khabar gembira bagi orang yang berbuat kebaikan

Itu janji Allah

Syurga

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi