Diterbitkan pada 28 Mei 2024, 18:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Jika pada tahun 2023, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah membuka reruai mereka di Dewan Tun Razak 3, Aras 3, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur bersama-sama pengedar buku yang lain, namun tidak bagi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (PBAKL) pada kali ini.

Pada tahun ini, DBP tampil di PBAKL dengan penuh keselesaan apabila mereka memilih Dewan Tun Hussein Onn sebagai lokasi reruai tanpa perlu berkongsi ruang dengan pengedar atau penjual buku yang lain.

Tempat yang lebih luas, penuh keselesaan, bilangan buku yang lebih banyak dan ruang pentas yang tersendiri menjadikan reruai DBP pada tahun ini menjadi pilihan ramai ulat buku dan pengunjung yang datang daripada pelbagai peringkat usia.

Tawaran menarik seperti jualan majalah serendah RM1.00 dan potongan harga melebihi 50% bagi buku-buku yang terpilih di reruai DBP.

Hadir dengan ruang peribadi sendiri, pengunjung reruai DBP pada kali ini dapat lebih memfokuskan pencarian buku terbitan DBP pilihan mereka yang menghimpunkan pelbagai jenis bahan bacaan antaranya termasuklah, agama, sastera, pendidikan, kesihatan dan majalah dengan pelbagai tawaran menarik seperti jualan majalah serendah RM1.00 dan potongan harga melebihi 50% bagi buku-buku yang terpilih.

Jadi tunggu apa lagi, ayuh ke reruai DBP bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang sedang berlangsung hingga 2 Jun 2024 ini.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi