Diterbitkan pada 19 Mei 2024, 16:07

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Sibu – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak, baru-baru ini telah melaksanakan Karnival Intelek Peringkat Negeri Sarawak di Sibu pada 14 hingga 18 Mei 2024.

Antara pengisian karnival yang dimuatkan dalam program yang berlangsung selama lima hari ini termasuklah Pertandingan Deklamasi Puisi (Sajak dan Syair) Sekolah Menengah, Pertandingan Pantas Jawi Sekolah Rendah, Pertandingan Penglipur Lara Moden Sekolah Menengah, Pertandingan Teka Silang Kata Sekolah Menengah dan Program Bimbingan Penulisan Novel Kanak-kanak yang bertemakan futuristik.

Tujuan penganjuran Karnival Intelek ini adalah untuk merancakkan kegiatan bahasa dan sastera di Sarawak di samping secara tidak langsung melahirkan masyarakat terutamanya pelajar sekolah yang berilmu, berinovasi dan kreatif melalui penganjuran pelbagai aktiviti yang dilaksanakan dalam pelbagai bidang khususnya kesusasteraan dan kebahasaan.

Barisan pemenang pertandingan dendangan syair sekolah menengah.

Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Encik Abang Haliman Haji Abang Julai dalam ucapannya menyatakan bahawa usaha DBP dalam memulakan kerangka berfikir melalui pertandingan dalam program Karnival Intelek ini perlu diteruskan, diperkasakan, diperbanyakkan dan dipelbagaikan agar pemupukan dan pengembangan daya berfikir dalam kalangan generasi muda dan seterusnya masyarakat umum menjadi pemangkin ke arah pembinaan negara yang maju dan makmur.

Berikut merupakan senarai pemenang bagi setiap kategori pertandingan yang terlibat:

Pertandingan Deklamasi Sajak

  • Johan – Nur Aleesya Dayana Mohamad Salim dari SMK Kampung Nangka.
  • Naib johan – Abygail Timah anak Bernard dari SMK Bandar Sibu.
  • Tempat ketiga – Nursyahhira Syakila Abdullah dari SMK Methodist, Sibu.
  • Sagu hati – Fifiliana Tri Parwoko dari SMK Chung Cheng) dan Auni Faresha Awang Saiful Bohtia dari SMK Bukit Lima.

Pertandingan Dendangan Syair Sekolah Menengah

  • Johan – Nurul Huda Jilan dari SMK Agama Sibu.
  • Naib johan – Nurul Fatin Aqma Azhar dari SMK Deshon.
  • Tempat ketiga – Nur Ivy Syawalisa Ayu Zamhari dari SMK Tiong Hin.
  • Sagu hati – Dauglash Ambas anak Banta dari SMK Luar Bandar No.1 Sibu dan Siti Hajar Abu Bakar dari SMK Agama Sibu.

Pertandingan Penglipur Lara Moden Sekolah Menengah

  • Johan – Kumpulan Pelipur Atma dari SMK Sacred Heart, dianggotai oleh Alvin Jeremiah, Mohamad Ridwan Abdul Rahman Pek dan Muhammad Aziq Azmizan Gani.
  • Naib johan – Kumpulan Aku Penglipur Lara dari SMK Agama Sibu, dianggotai oleh Noorzulhilmi Arsyad, Syafiq Khairi Nuruddin Sepiee dan Muhammad Muizzuddin Helmi.
  • Tempat ketiga – Kumpulan Penglipur Lara Sacred Heart dari SMK Sacred Heart, dianggotai oleh Aidan Nicodemus anak Andrew Jawi, Samson Langut anak Martin dan Sancha Octaderius anak Nyaoh.
  • Sagu hati – Kumpulan Puteri SMKLBS dari SMK Luar Bandar No.1 Sibu dan

Kumpulan Hikayat Anak Muda CH dari SMK Chung Hua

Pertandingan Pantas Jawi

  • Johan – Nur Syasya Alyana Kurang dari SK St. Rita.
  • Naib johan – Hasya Khalisha Khalish Cosmas dari SMK Agama Sibu.
  • Tempat ketiga – Fifie Farisya Faridzul dari SK Hua Hin English.
  • Sagu hati – Izz Harraz Rizqi Herman dari SK Sentosa Sibu, Khairunnisa Syuhada Mohamad Zawawi dari SK Agama Sibu dan Hani Fahima Zulkarnain dari SK Abang Ali.

Selain kategori eceran yang dipertandingkan sepanjang karnival ini berlangsung, terdapat juga lima kategori utama yang telah dipertandingkan di bawah Anugerah Citra Majalah Sekolah Menengah, iaitu Majalah Terbaik Keseluruhan, Majalah Terbaik Kategori Bahasa, Majalah Terbaik Kategori Penerbitan, Kategori Hadiah Khas Juri dan Kategori Karya (Sajak, Cerpen dan  Esei).

Barisan penerima anugerah utama di bawa Anugerah Anugerah Citra Majalah Sekolah Menengah.

Anugerah ini bukan sahaja merupakan sebuah penghargaan dan pengiktirafan kepada usaha pemupukan minat dan bakat para pelajar yang berkebolehan menghasilkan karya-karya yang bermutu, tetapi juga kepada usaha pihak sekolah dalam menerbitkan majalah sekolah yang bermutu.

Berikut merupakan pemenang bagi lima kategori Anugerah Citra Majalah Sekolah:

Majalah Terbaik Keseluruhan

  • Johan – SMK Asyakirin.
  • Naib johan – SMK Pending.
  • Tempat ketiga – SMK Belaga.
  • Sagu hati – SMK Asyakirin.

Majalah Terbaik Bahasa

  • SMK Asyakirin.

Majalah Terbaik Penerbitan

  • SMK Pending.

Hadiah Khas Juri

  • SMK Subis.

Kategori Karya

Sajak

  • Johan – Nurul Mardhiah Mohamad Kadam dengan tajuk sajak “Lautan Digital” dari SMK Baru Miri.
  • Naib johan – Mirza Ardina Supian dengan tajuk sajak “Al-Malik” dari SMK Dato Permaisuri, Miri.
  • Tempat ketiga – Nurul Farisha Suhaimi dengan tajuk sajak “Di Hujung Jari” dari SMK Baru Miri.
  • Sagu Hati – Nur Arisya Anuar dengan tajuk sajak “Aku yang Kerdil” dari SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor.

Cerpen

  • Johan – Laurina anak Entuni dengan tajuk cerpen Cenderawasih? dari SMK Sacred Heart.
  • Naib johan – Nurqurratuaini Yahya dengan tajuk cerpen Riwayat Tiga A dari SMK Dato Permaisuri, Miri.
  • Tempat ketiga – Mary Ann Usin Alphonsus Raymond dengan tajuk cerpen Pena Solusi dari SMK Baru Miri.
  • Sagu hati – Nur Izzati Muliadi dengan tajuk cerpen Oh, Ciliku!

Esei

  • Johan – dirangkul oleh Andeka Intan anak Rintap dengan tajuk esei “Bumiku Membahang: Mudarat dan Solusinya” dari SMK Sacred Heart.
  • Naib johan – Hasif Hasri dari Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang dengan tajuk esei “Kecerdasan Buatan Pemangkin Primer dalam Menggapai Masyarakat Madani”.
  • Tempat ketiga – Brenda Jane anak Chuat dari SMK Kai Chung dengan tajuk esei “Cara-cara Mengatasi Gejala Rasuah”.
  • Sagu hati – Eason Liaw Hua Shen dari SMK Sacred Heart dengan tajuk esei “Keikhlasan Pemacu Masyarakat Madani”.

Setiap pemenang bagi setiap kategori turut menerima sijil watikah pengiktirafan dan buku terbitan DBP, manakala pemenang Kategori Majalah bagi Anugerah Citra Majalah Sekolah Menengah menerima replika cek.

Majlis Penangguhan Karnival Intelek dan Penyampaian Hadiah Anugerah Citra Majalah Sekolah Menengah Negeri Sarawak akan berlangsung pada 18 Mei 2024 di Dewan Rimbunan Hijau, Wisma Huawen Dua Zhong, Sibu. Yang turut hadir memeriahkan acara tersebut, Timbalan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Sibu Puan Mariam Abdul Rahman.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi