Diterbitkan pada 25 Mac 2024, 08:18

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Oleh: Khairunisa Zul Kuraini

Tirai Syawal bakal dibuka

Ramadan meniti hujung usia

Si tua menyingkap jendela

Menanti bahagia akan tiba

Tidak sabar merangkul erat

Figura ditatang bergelar zuriat.

 

Tirai Syawal hampir tersingkap

Si tua enggan berputus harap

Kamar tersedia menanti penghuni

Rindu di hati menjerit sesekali

Pulanglah anakku memecah sunyi

Wajahmu itu menghiasi mimpi.

 

Tirai Syawal berlabuh perlahan

Wajah dambaan mula kelihatan

Berkejar-kejaran mendakap rindu

Jasad yang sudah terbujur kaku

Penantian itu tidak berhujung sia

Zuriatku pulang menghuni kamarnya.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi