Diterbitkan pada 22 Mac 2024, 14:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kalam cinta kepada Tuhan

semulia Ramadan yang dianugerahkan.

 

Memasrahkan nasib diriku

berdamai dengan takdir penentu.

 

Kutitip sepucuk kasih pengharapan

bersama-sama sebaris tinta tersirat

serangkap doaku di bulan Ramadan

dalam sampul rindu berbirat.

 

Lalu kukirim warkah ini pergi

perutusan yang tak berhenti harap

menutuk pintu langit tertinggi

apakah mungkin akhirnya akan berjawab.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi