Oleh
Hasanah Asaini
29 Februari 2024, 16:24
Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan Sekarang‘Sejuknya pagi ini’
Desis hatiku.
Aku masih lagi membiarkan diri diulit mimpi fana
digulung nikmat dunia
sedang subuh telah pun berlalu sendiri
alarmku berbunyi lagi
Terpapar 7.25 pagi.
Aku menghentikan ia lagi.
Kubiar mataku terkatup kejap kembali.
Namun,
mataku ligat terbuka
bisikan enjin motor di luar bilik
menganggu selera tidurku
bunyi enjin bas ibarat melodi setiap pagi
yang bermain di jendela telingaku.
Rentaknya sudah kuhafal persatu.
Bingit. Menyakitkan telinga.
Tanpa kusedar irama itulah yang akan kukenang,
tatkala kulafaz akad seorang siswazah.