Diterbitkan pada 19 Disember 2023, 09:24

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Sahabatku,

kaulah yang berani tegur,

nasihat ditagih  patuh,

walaupun aku degil memberontak,

selangkah tebing kutewas.

 

Sahabatku,

kususun sepuluh jari tanda sesalan,

silap dan sombong kata,

berontak jiwaku yang derhaka,

inilah  manusia biasa.

 

Sahabatku,

masa cemburui,

tidak menjengkuk lagi,

alasan didengari,

air mataku yang membanjiri.

 

Sahabatku,

rakan seperjuangan jangan dilupa,

rakan seperjuangan setia menemani,

balas kasih balas budi,

kemewahan itu mengejar nanti.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi