Diterbitkan pada 6 Jun 2023, 07:31

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Mana perginya semangat tinta pendeta?

Mana hilangnya erti juang Keris Mas pertahankan sastera?

Mana leburnya martabat sasterawan negara?

 

Dengar ini pengkhianat bangsa!

 

Kau rampas buku,

aku tulis atas batu.

Kau regut mata pena,

aku tulis guna darah mereka!

 

Demi strata kau sanggup menghina.

Kau lupa nilai seni dan budaya.

Kau lupa pada bahasa ibunda.

Kau rampas kebebasan bersuara.

Kau kata kau bonda,

tapi ludah pada muka yang mahu menimba.

 

Serdadu sastera bangkit!

Lawan mereka yang gila kuasa.

Tentang mereka yang talam dua muka.

Hapus anasir luar empat mata.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi