Diterbitkan pada 17 Mei 2023, 16:22

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Oleh: Liyana Nor

Kata berselirat,
Berbelit tidak difahami,
Tak sampai pada pendengaran,
Terabai sepi,
Tiada yang faham.

Ke mana hilang kata-kata?
Tak dikutip sesiapa, masih
Akankah terus sendiri?
Sunyi.

Kata punya makna,
Kala ada yang menyambut,
Manusia yang memberi makna,
Terhadap kata,
Kata tanpa pendengar,
Bagai gigi tanpa mulut.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi