Diterbitkan pada 27 Mac 2023, 08:28

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Oleh: Iman Ismail

 

Bening pagi Syaaban,

terhampar sayap nikmat,

mengutus surat takdir,

kita dijemput ke sekolah Ramadan.

 

Benahlah setiap inci diri,

siap-siap seragam baharu,

jahitlah lencana tawaduk.

 

Mari masuk dengan jiwa hamba,

buku-buku telah sedia,

terpelihara sejak bahari.

 

Kita akan berjumpa tiga guru,

setiap sepuluh malam,

semua akan mendapat ilmu,

tak semua mendapat taufik,

semua akan bergraduasi,

tak semua disemat pingat lailatulqadar.

 

Kita akan pulang ke rumah abadi,

berwajah lugu dan sememeh,

menggendong bekal amal,

dipenuhi rencah kemanisan iman.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi