Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangDi bawah langit Palestin
saat malam al-Qadr menjelma
dentumam demi dentuman daripada Zionis
menyinggah ke dada-dada saudara kita
mengecaikan kesucian tahajud
mencemar hajat dan rintihan
tanpa sempat malaikat mengirim ke langit Illahi
bedilan buta menyentap roh
terkorban dia dengan senyumannya bak pelangi indah
sebagai syuhada Allah.
Bedilan laknatullah
mengejutkan dunia
membangkitkan pemimpin ulung Islam
Salahuddin Al-Ayyubi
Hang Tuah
Hamka
Ahmad Yassin
menggasak dan menentang
menjadilah Zionis jatuh terbongkang.
Nazilah kami panjatkan kepada-Nya
Meleburlah!
Kacau bilaulah!
Cerai berailah!
Bergoncanglah!
Hingga ketakutan menyelubungi hari-hari mereka.
menyahkan kaki haram dari tanah suci
kembalikan kepada hak empunya.