Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangSeberang Jaya – Sempena sambutan Hari Braille Sedunia yang disambut pada 4 Januari 2023, Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) telah melancarkan buku Cobrate yang menggabungkan tiga elemen iaitu teks tulisan, kolaj dan tulisan Braille. Penerbitan buku ini adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan golongan orang kurang upaya (OKU) penglihatan.
Majlis Pelancaran Buku Braille (Cobrate) dan Pertandingan Membaca Braille tersebut telah disempurnakan oleh isteri kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Puan Tan Lean Kee.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Air Tawar yang juga Timbalan Pengerusi PAPP, Yang Berusaha Dato’ Mustafa Kamal Ahmad mengatakan bahawa pihak PPAPP telah memperkasakan bahan bacaan kepada golongan OKU penglihatan. PPAPP telah menerbitkan buku Cobrate berjudul Siri Pengembaraan Chaq dan Chik dan Siri 1 Mari Mengenal Huruf.
Menurut Dato’ Mustafa Kamal Ahmad lagi, PPAPP turut menghasilkan kraft kit cakna OKU yang bertujuan untuk memberikan kemahiran seni kraf tangan kepada golongan istimewa ini. Kemahiran asas ini merupakan permulaan kepada mereka untuk menghasilkan produk sendiri yang boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan kepada mereka kelak. Dalam majlis ini juga, turut berlangsung acara penyampaian hadiah kepada pemenang untuk Pertandingan Membaca Braille.