5 Januari 2023, 17:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Seberang Jaya – Sempena sambutan Hari Braille Sedunia yang disambut pada 4 Januari 2023, Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) telah melancarkan buku Cobrate yang menggabungkan tiga elemen iaitu teks tulisan, kolaj dan tulisan Braille. Penerbitan buku ini adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan golongan orang kurang upaya (OKU) penglihatan.

Puan Tan Lean Kee menyempurnakan gimik pelancaran buku Braille (Cobrate).

Majlis Pelancaran Buku Braille (Cobrate) dan Pertandingan Membaca Braille tersebut telah disempurnakan oleh isteri kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Puan Tan Lean Kee.

Timbalan Pengerusi PPAPP, YB Dato’ Mustafa Kamal Ahmad ketika menyampaikan ucapan beliau dalam majlis tersebut.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Air Tawar yang juga Timbalan Pengerusi PAPP, Yang Berusaha Dato’ Mustafa Kamal Ahmad mengatakan bahawa pihak PPAPP telah memperkasakan bahan bacaan kepada golongan OKU penglihatan. PPAPP telah menerbitkan buku Cobrate berjudul Siri Pengembaraan Chaq dan Chik dan Siri 1 Mari Mengenal Huruf.

Buku Cobrate berjudul Siri Pengembaraan Chaq dan Chik dan Siri 1 Mari Mengenal Huruf.

Menurut Dato’ Mustafa Kamal Ahmad lagi, PPAPP turut menghasilkan kraft kit cakna OKU yang bertujuan untuk memberikan kemahiran seni kraf tangan kepada golongan istimewa ini. Kemahiran asas ini merupakan permulaan kepada mereka untuk menghasilkan produk sendiri yang boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan kepada mereka kelak. Dalam majlis ini juga, turut berlangsung acara penyampaian hadiah kepada pemenang untuk Pertandingan Membaca Braille.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.