Oleh NIK ZAH
Diterbitkan pada 10 Mei 2021, 13:27

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Di tengah bendang

berdiri seorang pesawah

memerah keringat ditemani sang mentari

serta kicauan burung sesekali menyapa mesra.

 

Beralih pula kepada diari kehidupan

seorang penoreh

masih mekar senyuman di bibir

menunggu hasil jualan getah sekerap

untuk diisi perut si anak

yang sabar menunggu kepulangan si ayah.

 

Di sudut lain

termenung seorang guru

memikirkan nasib anak bangsa

agar mereka tidak ketinggalan

dalam menyebar ilmu bermanfaat

demi meraih reda Ilahi.

 

Siapa pun kita

Tiada jurang dan kasta antara kita

1 Mei dirai bersama-sama

Mengenang jasa dalam perjuangan.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi