Diterbitkan pada 4 Mei 2026, 23:25

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Sungai Petani –Gema sastera yang membawa mesej kedaulatan identiti melonjakkan suasana apabila acara Malam Suara Utara 2026 berjaya menghimpunkan barisan pemuisi berwibawa daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Universiti teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sungai Petani, Kedah, malam tadi.

Acara yang bertemakan tradisional ini menjadi nilai estetika, di samping medan penyatuan jiwa menerusi deklamasi puisi yang sarat dengan roh perjuangan bahasa.

Majlis dimulakan dengan acara pembukaan deklamasi puisi yang dilantunkan oleh Sasterawan Negara (SN) Dato’ Dr. Zurinah Hassan dengan tajuk “Bahasa Setinggi Kurnia” nukilan beliau yang membawa elemen nilai bahasa kebangsaan di mata dunia.

Acara pembukaan deklamasi puisi yang dilantunkan oleh Sasterawan Negara (SN) Dato’ Dr. Zurinah Hassan dengan tajuk “Bahasa Setinggi Kurnia”

Antara penyair yang mengambil bahagian termasuklah staf UiTM Cawangan Kedah, Encik Amin mendeklamasikan puisi “Ayahanda kepada Anakanda”nukilan Baharun Ahmad (1961), diikuti Nur Maisarah melantunkan sebuah puisi “Bahasa Jiwa Bangsa”.

Acara ini turut memperlihatkan keterlibatan generasi muda melalui penyertaan pelajar Tingkatan 6, Dhiya Arin Batriya  Mohd Ridzuan  mendeklamasikan puisi “Bahasa” karya ”dan Mohd Suhairi Superi dengan melantunkan puisi “Bahasa Jiwa Bangsa”.

Keterlibatan generasi muda melalui penyertaan pelajar Tingkatan 6, Dhiya Arin Batriya  Mohd Ridzuan  mendeklamasikan puisi “Bahasa” karya SN YBhg. Dato Rahman Shaari

Sisipan persembahan lagu puisi turut menyemarakkan  suasana, dimulakan dengan Kumpulan Muzik UiTM dengan lagu puisinya “Itulah Sayang” lagu asal P. Ramlee dan “ Mentera Semerah Padi” oleh Dato. M. Nasir. Sementara itu, persembahan nyanyian oleh Nur Amira Nabila Azmi tajuk “Mahligai Permata” nyanyian asal Dato’ Siti Nurhaliza.

Persembahan diteruskan lagi dengan gabungan deklamasi puisi dan syair yang dideklamasikan oleh Zalina Ahmad bertajuk “Berjiwa Berwibawa”, diikuti gandingan puisi Zaheera Ibrahim dan Danish Altamis (IPG Kampus Kota Bharu) bertajuk “Suka Duka Bahasa Kita di Tulis” karya Maisarah Mansor.

Majlis terus diserikan lagi dengan lantunan puisi oleh tetamu kenamaan, antaranya Pengarah DBP Wilayah Utara, Encik Sharrul Rizal Hashim dengan puisi “Sebidang Tanah Bernama Kita” karya beliau, diikuti dengan Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan, Puan Fauzilahyatun Mustafa mendeklamasikan puisi “Bahasa Nurani” dan Pensyarah Kanan Dr.Ahmad Afif Ahmarofi pula melantunkan puisi “Sejahtera Bahasaku” karya SN. Dato Rahman Shaari .

Pengarah DBP Wilayah Utara, Encik Sharrul Rizal Hashim dengan puisi “Sebidang Tanah Bernama Kita” nukilan beliau.
Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan, Puan Fauzilahyatun Mustafa mendeklamasikan puisi “Bahasa Nurani”

Persembahan lagu puisi ditutup dengan tema ala kesopanan santun anak Melayu oleh Roslan Madun menerusi lagu “Lemak Manis Ala Amboi-amboi”

Persembahan lagu puisi ditutup yang dipersembahkan oleh Roslan Madun menerusi lagu “Lemak Manis Ala Amboi-amboi”
Kredit Foto: Mohd Adib Zulkifli
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi