Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya – Inisiatif Baucar Buku MADANI bernilai RM100 kepada para pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) warganegara Malaysia bermatlamat bagi membudayakan amalan membaca di kalangan generasi muda, terutama golongan mahasiswa serta bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi industri buku.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas persetujuan kerajaan untuk meneruskan pelaksanaan inisiatif Baucar Buku MADANI bernilai RM100 kepada para pelajar IPT warganegara Malaysia.
“Inisiatif ini akan dilaksanakan bermula 28 Ogos hingga 12 Disember 2025 dan dijangka memanfaatkan seramai 500,000 orang pelajar IPT di bawah KPT, merangkumi Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, pelaksanaan inisiatif ini akan dibuat menerusi portal MySiswaPlace, di pautan https://mysiswaplace.my/ sebagai platform sehenti bagi semakan kelayakan, penjanaan serta penebusan baucar dan pembelian bahan bacaan secara atas talian sepenuhnya.
Menurut KPT, portal ini menawarkan lebih 1 juta judul bahan bacaan, termasuk buku fizikal dan e-buku yang disediakan oleh lebih 250 rakan niaga.
“Baucar boleh digunakan oleh semua pelajar yang layak untuk pembelian buku akademik, bahan rujukan, bacaan ilmiah serta pelbagai lagi,” ujarnya.
KPT berkata, inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan kerajaan MADANI untuk menyokong keperluan pembelajaran pelajar, meringankan beban kewangan pelajar
KPT berharap agar semua pelajar berkelayakan dapat memanfaatkan baucar buku ini untuk menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan keupayaan diri, selaras dengan fokus utama kementerian untuk melahirkan bakat terbaik negara.