Diterbitkan pada 19 Julai 2025, 12:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
Kursus Penulisan Novel Kanak-kanak telah diadakan pada 9 hingga 10 Julai 2025, pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang, bertempat di Bilik Multimedia 2, Aras 5, Wisma DBP.

Kuala Lumpur – Penggunaan bahasa kasar, dialog negatif serta unsur yang ganas tidak sesuai dijadikan teladan kepada pembaca muda, terutamanya melalui bahan bacaan kanak-kanak seperti novel kanak-kanak, buku bergambar dan buku ilustrasi .

Menurut Salina Ibrahim, Munsyi Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan penulis novel kanak-kanak terkenal Maya Kesuma, penulis dewasa memegang tanggungjawab moral dalam menyampaikan mesej yang sesuai melalui bukut terbitan mereka.

Pendekatan yang berbeza juga diperlukan dalam penghasilan novel kanak-kanak berbanding novel dewasa, Hal ini kerana pembacaan mereka melibatkan kefahaman terhadap dunia kanak-kanak, kesesuaian umur dan persekitaran perlu diambil berat.

“Novel kanak-kanak memerlukan pemahaman terhadap struktur penulisan kukuh yang merangkumi tema, plot, watak dan perwatakan, latar, sudut pandangan dan gaya bahasa. Setiap unsur ini perlu diolah dengan pendekatan yang sesuai agar mudah difahami dan memberikan kesan kepada pembaca,

“bahasa yang digunakan dalam novel untuk kanak-kanak berusia 10 tahun dan ke atas perlu mudah, jelas dan sesuai dengan latar serta perkembangan psikologi kanak-kanak,” jelasnya dalam Kursus Penulisan Novel Kanak-kanak yang berlangsung selama dua hari bermula 9 hingga 10 Julai lalu, bertempat di Bilik Multimedia 2, Aras 5, Wisma DBP.

Dalam sesi interaktif ini, peserta juga didedahkan kepada kepentingan penggunaan bahasa sebagai alat penyampaian yang berkesan dan membina jati diri penulis.

Kursus yang berlangsung selama dua hari ini mendapat maklum balas positif daripada peserta. Kesemua peserta sebulat suara berhasrat untuk meneruskan penulisan dan menghasilkan novel kanak-kanak masing-masing di bawah bimbingan Salina Ibrahim sehingga ke peringkat penerbitan.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi