Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan Sekarang
Petaling Jaya – Anugerah B.O.H Cameronian menyambut ulang tahunnya yang ke-20 dengan penuh gemilang, sekali gus membawa harapan baharu dalam menyemarakkan inspirasi kepada para penggiat seni tanah air. Acara berprestij ini menjadi bukti komitmen Kakiseni dalam terus menjadi pemangkin kepada pembangunan seni budaya negara.
Dalam ucapan alu-aluannya, Pengerusi Majlis Kebudayaan Negara (MAKEN), YBhg. Tan Sri Hajah Norliza Rofli menegaskan kepentingan anugerah ini untuk terus dikekalkan sebagai pelantar pengiktirafan dan pembangunan seni tanah air.
“Anugerah B.O.H Cameronian ini perlu terus kekal bagi membangunkan seni negara, bukan sahaja untuk 20 tahun, bahkan 200 tahun akan datang,” katanya penuh semangat.
Beliau turut menekankan kepentingan penghayatan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) dalam kalangan masyarakat, khususnya penggiat seni.
“Dasar Kebudayaan Negara perlu disemat dalam jiwa setiap individu agar kita lebih memahami serta menghargai usaha kerajaan dalam menyokong pembangunan seni tempatan,” tambah beliau.
Anugerah yang mula diperkenalkan pada tahun 2002 ini telah menjadi simbol penghargaan kepada sumbangan cemerlang penggiat seni dalam bidang teater, tarian, muzik dan teater muzikal. Pada tahun ini, acara ulang tahun ke-20 turut menyorot semula perjalanan penuh warna-warni anugerah tersebut, antaranya termasuklah mengenang para pemenang terdahulu dan kisah-kisah bersejarah yang membentuk legasinya.

Acara kemuncak malam tersebut menampilkan pengumuman pemenang kategori terbaik bagi tahun 2024, yang menyaksikan tiga produksi unggul menerima pengiktirafan tertinggi:
Senarai penuh penerima Anugerah B.O.H Cameronian 2025 yang berlangsung pada 4 Mei, lalu boleh dilayari di laman sesawang rasmi Kakiseni.