Diterbitkan pada 7 Mei 2025, 07:58

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Oleh: Muhammad Amir Hadi Mahrizal

 

Jatuh cinta telah memberikanku sedikit cahaya,

Tetapi ada kala—kesepian lebih dulu membunuhku

Anekdot Kembara, ZRA Strim

1.

Bagiku pula—Mary Oliver lebih tepat

Katanya: Kotak kegelapan yang diberi

kekasih ialah – hadiah pada masa akan datang.

 

Barangkali bagi kalian:

Jatuh cinta itu sepi yang

diam-diam senyap       &         sunyi

Menyayangi    membayangi

Lagi     &         gila lagi

 

3.

Kalau David Lynch cakap:

Idea ialah ikan yang perlukan Joran

Aku akan ganti idea dengan perempuan

 

4.

Dalam antonim—ada titik pertemuan.

Kita masih berpura-pura teraniaya,

Sedangkan kita pemangsa.

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi