Diterbitkan pada 6 Mei 2025, 07:56

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Bukan dunia fantasi yang aku diami
hanya lingkaran mimpi yang penuh imaginasi
dari dunia yang penuh sepi
sedar dalam sedar
mimpi dalam mimpi
membandingkan fantasi atau realiti
lubuk hati yang penuh berduri
tapi engkau hanya tahu menuding jari
meludah dari lidah yang penuh caci
walhal aku masih tergapai dalam halusinasi sendiri.

Tangan ini hanya merindu untuk menulis
menulis puisi yang berpuitis
menggemburkan bunga-bunga puisi
puisi untuk menyedarkan diri
tapi adakah aku sedar kini?
jika tidak
siapa yang menulis patah-patah bunga puisiku jika bukan dari akarnya?

Hanya mampu tersenyum
terima kasih kepada kamu
benih yang sudi meluahkan puisi halusinasiku.

Dayah Awang,
Pasir Pekan, Kelantan.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi