Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan Sekarang
Sarawak – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja, dengan kerjasama DBP Cawangan Sarawak, telah menganjurkan Karnival Intelek Bahagian Mukah Peringkat Sarawak pada 16 April 2024 bertempat di Sekolah Kebangsaan Kampung Tellian, Mukah.
Karnival ini melibatkan penyertaan lebih 40 buah sekolah dari kawasan Mukah, Dalat dan Daro yang melibatkan kanak-kanak berusia antara 5 hingga 12 tahun.
Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan sepanjang karnival, antaranya termasuklah Pertandingan mewarna bagi murid prasekolah dan sekolah rendah tahap satu yang melibatkan sebanyak 100 orang peserta, Pertandingan bercerita bagi murid sekolah rendah tahap dua dengan penyertaan sebanyak 49 orang dan persembahan khas Bercerita Bayan DBP yang turut memeriahkan suasana.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Mukah, Encik Mohd Shafeeq Abdullah. Beliau diiringi oleh Timbalan Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Encik Rashid Mohd Subet serta Guru Besar SK Kampung Tellian, Puan Syazana Abdullah.
Keputusan pertandingan bagi tiga kategori yang dianjurkan adalah seperti yang berikut:
Kategori Prasekolah (Pertandingan Mewarna)
Kategori Sekolah Rendah Tahap Satu (Pertandingan Mewarna)
Kategori Sekolah Rendah Tahap Dua (Pertandingan Bercerita)
Penganjuran program seperti ini diharapkan dapat memperkasakan penguasaan bahasa serta memupuk minat terhadap sastera dalam kalangan kanak-kanak. Inisiatif ini juga diharapkan mampu melahirkan generasi celik ilmu, berkeyakinan tinggi untuk tampil di hadapan khalayak serta berpotensi menyumbang kepada pembangunan negara Malaysia MADANI.