Diterbitkan pada 25 April 2025, 10:27

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
Persembahan khas Bercerita Bayan DBP yang turut memeriahkan suasana.

Sarawak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja, dengan kerjasama DBP Cawangan Sarawak, telah menganjurkan Karnival Intelek Bahagian Mukah Peringkat Sarawak pada 16 April 2024 bertempat di Sekolah Kebangsaan Kampung Tellian, Mukah.

Karnival ini melibatkan penyertaan lebih 40 buah sekolah dari kawasan Mukah, Dalat dan Daro yang melibatkan kanak-kanak berusia antara 5 hingga 12 tahun.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan sepanjang karnival, antaranya termasuklah Pertandingan mewarna bagi murid prasekolah dan sekolah rendah tahap satu yang melibatkan sebanyak 100 orang peserta, Pertandingan bercerita bagi murid sekolah rendah tahap dua dengan penyertaan sebanyak 49 orang dan persembahan khas Bercerita Bayan DBP yang turut memeriahkan suasana.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Mukah, Encik Mohd Shafeeq Abdullah. Beliau diiringi oleh Timbalan Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Encik Rashid Mohd Subet serta Guru Besar SK Kampung Tellian, Puan Syazana Abdullah.

Keputusan pertandingan bagi tiga kategori yang dianjurkan adalah seperti yang berikut:

Kategori Prasekolah (Pertandingan Mewarna)

  • Johan – Adell Frosha Raiebonny (SJKC Chung Hua Balingian)
  • Naib johan – Emmanuel Busli (SK Petanak)
  • Tempat ketiga – Hana Humaira Mohd Fauzi (SK Dua Sungai)

Kategori Sekolah Rendah Tahap Satu (Pertandingan Mewarna)

  • Johan – Nur Shaheema Hatni (SK Sungai Penipah)
  • Naib johan – Niamaisara Jammy (SK Kampung Teh)
  • Tempat ketiga – Quin Anysia Ivan Affendy (SK Kampung Tellian)

Kategori Sekolah Rendah Tahap Dua (Pertandingan Bercerita)

  • Johan – Gabriel Damian Pusu Anak Aganth De’ Alfacino (SK Sungai Passin)
  • Naib Johan – Nur Aqilah Ali (SK Kuala Matu)
  • Tempat Ketiga – Avell Enricha Raiebonney (SJKC Chung Hua Balingian)

Penganjuran program seperti ini diharapkan dapat memperkasakan penguasaan bahasa serta memupuk minat terhadap sastera dalam kalangan kanak-kanak. Inisiatif ini juga diharapkan mampu melahirkan generasi celik ilmu, berkeyakinan tinggi untuk tampil di hadapan khalayak serta berpotensi menyumbang kepada pembangunan negara Malaysia MADANI.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi