Diterbitkan pada 20 April 2025, 07:00
Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangOleh: Muhammad Rafieq Bin Ridzuwan
Sekecil titik di hujung bicara,
tersembunyi di celah aksara,
diamnya sunyi, namun berkuasa,
mengakhiri kisah, membuka tirai baharu.
Di pundaknya terletak erti,
setitis sahaja mampu mengubah cerita,
menamatkan harapan dalam sebaris kata,
atau melahirkan impian yang belum bermula.
Namun, siapa yang pernah peduli,
pada noktah yang tak bersuara?
Sedang ia penentu segala,
antara noktah biasa dan noktah takdir.