Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangOleh: Farah Xie
Kemuliaan tidak hanya tertanam dalam lidah
Tetapi dizahir melalui hati.
Ramai dari kita yang celik di Aidilfitri.
Tapi ramai juga yang tidur dalam Ramadan.
Aku juga keliru kadangkala,
Apa erti bulan ini?
Jika nipisnya kesabaran.
Pantang dicuit oleh keadaan,
pantas api kemarahan membara,
seperti teriknya matahari.
Semerdu suara senja menjadi sahabat satu bulan,
Ada yang berpusu-pusu mengisi lohong perut,
Tanpa kenal makna kepuasan.
Terduduk diam sedetik,
hingga lemah lutut berdiri.
Hampir lupa wajib pada tiga rakaat.
Kalimah indah berkumandang lagi,
di langit merah jambu.
Usai terbitnya anak bulan,
pada hujung bulan ini.
Makin ada dari kita yang lalai dengan suara ini.
Mereka lalai terbang memandang dunia,
akhirnya pisah menjadi debu yang tidak di hiraukan,
sesiapa.