Diterbitkan pada 15 Mac 2025, 11:27
Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangOleh: Nik Azizah Nik Aziz
Syurgaku, sudah dua belas tahun
aku berpuasa tanpamu
Setiap menjelang Ramadan
diriku sebak
menahan dada yang berombak kencang
mata mengeluarkan mutiara kecil
mulut terkumat-kamit memanggilmu.
Diriku seolah tidak keruan
keruan yang memintamu
kembali wahai ibu
Apakah erti sebuah ramadan
kalau tanpa syurga dunia?
6 Mac,
Besut,Terengganu.